Wednesday 31 December 2014

HFMD

Pengenalan
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) adalah penyakit jangkitan kanak-kanak bawah 10 tahun di mana lepuhan berisi air muncul di tangan, kaki dan dalam mulut. Tekak dan tonsil membentuk ulser kecil manakala tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin) dijangkiti ruam dengan ciri-ciri vesikel (lepuhan kecil). Biasanya penyakit ini sederhana dan ruam sembuh dalam masa 5-7 hari.
HFMD disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus). HFMD merebak dari individu ke individu dengan kontak secara langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti.Sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak boleh dijangkiti, tetapi kanak-kanak di bawah 5 tahun adalah paling mudah dijangkitinya.
HFMD selalunya terjadi dalam kelompok kanak-kanak yang ditempatkan bersama. Ia merebak melalui tangan yang tidak dicuci bersih selepas melakukan penukaran lampin atau tersentuh air liur (drool) yang mana membolehkan virus berpindah daripada satu kanak-kanak ke kanak-kanak lain.
Tanda dan Gejala
Ciri-ciri klinikal termasuk:
  • Demam
  • Sakit Tekak
  • Ulser pada tekak, mulut dan lidah
  • Ruam dengan vesikel (lepuhan kecil 3 - 7 mm) pada tangan, pergelangan tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin). Vesikel lazimnya pada tapak tangan dan tumit kaki dan ia antara ciri-ciri kemunculannya
  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan
Komplikasi
  • Biasanya tidak serius tetapi sebilangan kecil kes didapati merbahaya bila melibatkan sistem saraf dan jantung
Rawatan
Diagnosis dibuat oleh kebanyakan pengamal perubatan berdasarkan ciri-ciri unik munculnya lepuhan pada mulut, tangan dan kaki bagi kanak-kanak yang kelihatan sihat. Tiada rawatan khusus bagi jangkitan selain dari rawatan mengurangkan gejala-gejala. Rawatan menggunakan antibiotik tidak berkesan dan tidak diperlukan. Acetaminophen boleh digunakan bagi merawat demam.
Aspirin tidak seharusnya digunakan pada kanak-kanak bawah 12 tahun semasa demam disebabkan virus. Air garam bagi membilas mulut (1/2 sudu garam bagi 1 gelas air suam) boleh melegakan kanak-kanak sekiranya mereka berupaya membilas mulut tanpa menelannya kerana tertelan air garam boleh menyakitkan.
Nasihat kepada Ibu Bapa / Penjaga
Ibu bapa / penjaga adalah diminta mendapatkan nasihat daripada doktor secepatnya jika anak mereka mendapat tanda-tanda HFMD. Mereka seharusnya peka kepada sebarang perubahan tingkahlaku anak-anak mereka seperti kerengsaan dan mengantuk. Jika mereka tidak mahu minum atau makan, muntah berterusan, atau mengantuk, ibu bapa / penjaga hendaklah segera membawa anak mereka ke hospital. Elakkan menghantar anak yang mempunyai gejala seperti di atas ke sekolah, pra sekolah atau nurseri. Sapu dan bersihkan hidung serta mulut anak dengan tisu dan buang tisu yang telah digunakan dengan sempurna.
Pencegahan
Pencegahan melibatkan penjagaan kebersihan yang sepenuhnya. Ahli keluarga dinasihatkan supaya dapat mematuhi amalan kebersihan yang sempurna termasuk kerap mencuci tangan supaya dapat mengawal rebakan jangkitan.
  • Amalkan mencuci tangan secara konsisten menggunakan air bersih dan sabun sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis.
  • Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin.
  • Tidak menggalakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.
  • Ibu bapa / penjaga hendaklah memastikan diri mereka bersih terlebih dahulu sebelum menguruskan anak atau bayi mereka.
  • Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.
  • Anak-anak hendaklah dijauhkan daripada tempat awam yang sesak (seperti sekolah, pra sekolah, tempat mainan, pasar dan pengangkutan awam) sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda jangkitan.

GOODBYE 2014

Alhamdulillah..kebanyakan impian untuk 2014 menjadi kenyataan..alhamdulillah..alhamdulillah :))

1) LANGKAWI ISLANDS


 2) HK

3) KONVO



ALHAMDULILLAH..mudah mudahan tahun 2015 membawa seribu kebahagiaan, kerahmatan dan diperluaskan pintu rezeki untuk kita semua..aamin ya rabbalalamin..



Tuesday 30 December 2014

NGETEH TIME

Disebabkan bujang tengah xsihat so dia memang xlalu makan..tu yang cakap dengan cik abang, jomlah cari roti canai telur..dia suka makan tu..pegi la anak beranak malam tu dalam hujan2..:))

untuk bujang tu orderkan roti telur..untuk ibu n ayah masing2 naan dengan tandori..alhamdulillah banyak bujang tu makan..lega hati ibu..




balik makan tu baru perasan knape muka aqief naik bintik2..tangan pun same..dah sudahhh..tangan kaki mulut ke..pi ED Putrajaya..confirm HFMD..Cian anak ibu..xpela syg..dok uma ok..sempat la bawak datang ofis kejap..malas nak bawak lame2..ade jer boss bising nanti..time tulah nak macam2 suruh buat..kau xde anak lagi xpela..xpaham..sok kau ade anak baru kau tahu..silap2 lagi macam2 hal..hangin aku..so baik aku cuti dari aku sakit hati..buat tambah dosa jer aku dok maki2..


dah alang2 aku cuti baik aku jaga sekali cha..biar mama dia keje...sebab cha pun kena HFMD..emm..elok sangat la tu..dua2 pesakit aku jaga..hee..masakkan bubur nasi juz letak kentang n carrot dengan ikan bilis sikit..banyak pulak budak2 ni makan..alhamdulillah..

dah mandikan..bagi susu..tengok tv..berak..susu..makan..tengok tv..berak lagi..,mandikan lagi..jaga toddler ni senang..sempat la ibu masak, basuh baju..lipat baju..tapi time dorang tido petang, ibu join la sekaki..hahahahhahaha..dah macam mengasuh anak orang jer aku rase..hahah..pukul5 mak datang ambil..:))


masak2 pun tekak xlalu nak makan..nak makan sandwich jer..kenyang sampai petang :))


malam tu bawak bujang pi klinik lagi untuk ambil cream..nak dekat 2 jam tunggu baru jumpe doc sebab malam tu ramai ibu nak scan baby..aduh..lame betul nak tunggu..sabar jela..

BANJIR

Hari ni baru dapat update blog sebab "cuti panjang"..panjang la sangattttt..hahahah..ade ke yang sangkut kat kampung sebab banjir?aduhhh..dugaan betul kan tahun ni..

macam kiteorang anak beranak, kenduri SIL ari krismas tu..26hb..belah lelaki..kiteorang ni pun gerak la pagi2 khamis tu..dah siap2 pakai baju nak pi kenduri la kan...lepas subuh dalam pukul 6.45 pagi bertolak..subhanallah..sepanjang jalan tu kabus..sejukkk..siap main bukak2 tingkap lagi..huhuhu..jaku nau gamaknyer..hahah..almaklumlah dah lame x pi genting..pagi tu aku volunteer nak drive sebab dah bersiap..kang kalau aku xdrive, kena berkungtau dengan bujang kenit tu habis serabai aku nanti..hahah..baik aku drive, ayah dia pegang dia..

sampai benta dalam pukul 10am..mase tu dah cakap dah dengan cik abang, air macaam dah nak naik ke jalan..ok..cik abang cakap xpe..sini xpena banjir..lipis pun..so dont worry..ok fine............
sampai petron benta, jalan dah stop..rupenyer air dah naik ke jalan..kiteorang park kat petron.cik abang jer nak keluar..aku ngan bujang dok dalam kete..tapi sebelum tu dah cakap dah..
"b, air macam makin naik jer..makin ke sini..jomlah patah balik"..dia cakap.."mane ade..kan lori lalu tu.." ok la..dia pun keluar pi kat tempat orang ramai tu..pastu aku xsedap hati sebab aku nampak air makin ke kiteorang..aku apelagi..angkat bujang tu, tutup kete terus gi kat cik abang.."b cepat masuk kete, kita patah balik..air makin naik tu xkan b xperasan.." mase ni aku dah nekad dah..aku xnak tersangkut kat petron..(walaupun dah boot kete memang aku dah standby banyak baju, pampers n susu) -PREPARE KALAU SANGKUT BANJIR - PEEL MAK2 SANGAT KAN - PK BUKAN2 - PERSEDIAAN ITU PENTING - :))
macam2 aku pk mase tu kalau tersangkut banjir...toilet petron?nak mandi, nak kencing mcmane?yess nyawa memang no 1 tapi kalau kete sangkut banjir and then rosak sape nak tanggung?mentang2 aku pena bunyik nak tukar kete, xkan merajuk sampai kena banjir..emm..ok x..xjadi la tukar kete..tetibe sentimental pulak dengan si ensem tu...haihh..

berbalik ke cerita tadi..kiteorang pun cepat2 patah balik.n jalan yang kiteorang lalu tadi dah masuk air sampai setengah jalan...alhamdulillah..kami (eh silap..aku!) bertegas jugak xnak stay kat petron tu..sebab beberape jam lepas tu cakap memang jalan ke lipis langsung xleh masuk..kiteorang (eh silap..cik abang!) masih xputus asa..kiteorang stay kat hentian benta..makan dulu sebab dah nak pukul12..tunggu punya tunggu..still usaha bawa pengantin perempuan keluar x berjaya..nak xnak, pergi la kami ke jerantut WITHOUT THE BRIDE..sedih memang sedih..tapi Allah swt dah tetapkan macam tu..nak buat macamne..emm..







sepanjang perjalanan pergi balik jerantut aku mabuk macam nak muntah..boleh??haihh la...last2 aku letakkan bujang ni kat tepi (dia mane nak dok carseat..huh)..sendal bantal..dok diam2 yer syg..ibu mabuk nie..otw tu singgah mcd..belikan aqief makanan n aku nak kena coke la..nak betulkan balik kepala nie..
sampai benta, singgah solat..then gerak balik sepang since jalan ke lipis memang xleh masuk...jangan cari pasal,.jomlah balik..


otw balik tu cik abang tanya, nak naik genting ker..wahh macam best jugak..tapi xnak la..xprepare pun..sweater aqief pun xbawak...xpela..nanti kita pergi yer syg :))

DIDUGA LAGI

Tuesday 23 December 2014

NGEDATE

Orang sakit biasenyer dok uma..ni kiteorang x..bukan senang lakibini nak bercuti nie..tapi mata dua2 seksi la..merah..dah macam sedih sangat dua2..haihh.hahah..
nak pi tengok wayang macam melampau nau..so moh ler kita pi tukar tayar kereta tu..tukar empat2 terus..senang..nak balik jauh nie..

aqief mikhael???
disebabkan dia dah sihat so dia kena pi school..lagipun xnak la bawak dia pi kedai tayar..lame nak tunggu..baik dia tidur kat school..


settle tayar pun dah tengah hari..so terus makan jela...dah macam hero hindustan dah depan aku nie..heheheheh..xpe b..ensem habis la tu..pakai spek ok lagi..bile bukak spek???dah macam edward cullen versi dracula..edward dalam twilight tu bijik mata jer merah..ni x...ni pakej semua mata merah..siap bengkak lagi..hahahahaaha..ciannnn dia..xpe mata jer sakit..yang lain x sakit..eh.hahaha..hah..pk kotor la tu..ish3...mase ni dua2 xdemam lagi..selang 3 hari lepas tu dua2 demam..terbaikkkkkkkkkkkkkkkkkk :')

psttt..dah dalam gambar baru perasan pinggan aku makan tu sumbing..ish2..nampak sangat mata aku sakit..main belasah jer...orang kedai ni pun..aku xla amek pot sangat benda macam nie...tapi jaga la sikit kualiti macam ni..pinggan plastik jer kot..emm..

SIL WED

PENANGAN ANAK !!
hahah..tulah..dah name pun anan beranak kan..ha hambekkkkkkkkkkkk...sekali dengan ibu n ayah berjangkit sakit mata.dapat dari aqief mikhael..saje je muka dia...mata dia dah ok, mata ibu n ayah pulak yang merah..dah macam baru lepas nanges jer muka masing2..last2 masing2 dapat mc kerajaan..lama pulak tu :)) macam tahu2 jer kiteorang dah xbanyak cuti ek..hahaha..
tapi dalam sakit2 tu balik tetap kena balik la kan..orang kuat memang kena balik la...hahah..macam cik abang xpe..dia kena sebelah mata je tapi bengkak la..aku dua2 belah mata merah..so memang kuarantin la kan..buat kerja manja2 jer sebab orang takut nak dekat..kang jangkit sape susah??heheheh..ok foinnneee...



tema untuk nikah adelah pink..aik..dah macam tema kiteorang dulu jer.hehehe..so we all anak beranak semua berpink la malam tu..cik abang jer pakai merah..dia xpayah pakai cun2 sebab kena jaga khemah..kang kalau berkemeja xsesuai pulak..ok la tu yah..ensem jer kat mata cyg nie..hahahahah..so cik abang tunggu kat uma..aqief mikhael escort ibu ke masjid..oh yer..to ayah n nana last minute nak datang pulak majlis sebagai wakil mama..wahhh..ok la...aqief mikhael la mengade sangat..habis satu masjid dia 
round..time nak susu boleh pulak dia pi landing kat side belah lelaki...slumber adik jer ek...kiteorang yang dekat side perempuan ni geleng kepala jer tengok gelagat dia..nak pi ambek kang segan pulak sebab tu kat side lelaki..aqief..aqief...:))



antara menu malam nikah adelah patin masak lemak, ayam goreng, sambal ikan bilis petai..apelagi ek..xingat..heheh..



ni pengantin baru jugak..heheh...2 tahun lepas...sikenit tengah tu dok meragam..xnak bergambar..nak berkepit jer dengan ayah..ayah banyak work..meh kepit dengan ibu meh..ibu xde work..eh.hahahah



budak sememeh nanges atas pelamin..malu eh dikk..heheh



 manja tok ayah nie..:))

ni name dia "pose garu ketiak"..hahaha..muka budak xmandi pagi lagi nie..bucuk masham ibu..ibu selsema la syg..dah berape hari ibu xbau anak ibu nie..:'(


..

ok last one..pesakit n the bride..heehee..terserlah ketembaman si pesakit..ahaks..shhh..diam..!! jangan komen lebih2..hahahahah

Tuesday 16 December 2014

JALAN-JALAN

Dah alang2 cik abang dapat mc..jom la kita pi shah alam jap..gigih pukul4.30pm gerak..tujuannyer sebab nak cari baju untuk kenduri nanti..amboiii..berspek itam cik abang..hahahha...pelik jer anak dia tengokk..siap xnak pandang..haha..elok sampai sana xlama lepas tu hujan lebat..emm...nak pi makan pun berpk jugak..jomlah makan kat alamanda je..sejuk2 pekena tomyam best ni..settle makan pi marriot jap sebab nak pass ubat demam danish..cian bucuk ibu demam...sambil makan sempat la budak2 ni main..time ni bawak sekali deeba..baru darjah 2..cakap dengan cik abang..dah macam anak kita pulak..kalau kawen muda mesti anak dah besar :))







MAKE2 (SLANG KLATE)







ALHAMDULILLAH..sedapppp sangat :))