Tuesday 19 March 2013

Kondisi Kini


"orang yang hamil meghadapi kadar kesukaran yang berbeza-beza. Bagi sebahagian orang mereka tetap dapat melaksanakan solat seperti biasa sehinggalah ke saat bersalin. Sebahagian lagi menghadapi kesukaran, khasnya apabila memasuki trimester ketiga. Maka bagi kes ini, dibolehkan baginya untuk solat secara duduk. Cara solat duduk ialah duduk secara bersila di atas lantai dengan menghadap kiblat. [Shahih Sunan al-NAsa'e,no:1660].
Rukuk dengan membongkokkan badan dengan kedua-dua tangan memegang lutut. sujud adalah seperti biasa, namun jika mengalami kesukaran maka bongkokkanlah badan lebih rendah berbanding rukuk dengan kedua-dua tangan menyentuh lantai.
jika sukar untuk duduk bersila, pilihan lain ialah duduk sepertimana duduk di antara dua sujud. Jika masih sukar pilihan lain ialah duduk di atas kerusi. Pergerakan untuk rukuk dan sujud adalah sepertimana penjelasan di atas (duduk bersila)"

emm...tulah keadaan yang dialami kini..chewahhh...sejak preggy nie masuk jer bulan ketujuh dah macam xleh sembahyang diri..bukan lah mengade tapi pernah sekali tue, dah sujud nak bangun, sekali xleh bangun..nak bangun tu memang bercinteeeeeee la...start dari tue, memang amalkan sembahyang duduk..pernah ader orang cakap. "aik, dah sembahyang duduk?"..emm..nak buat macam mane..keadaan masing2 masa preggy x same..ade yang larat, ader yang xlarat..kalau macam aku nie yang kalau dah duduk bawah, memang payah nak bangun..pastu kaki pun cepat krem, memang kena sembahyang duduk kat kerusi la gamaknyer..kalau gi shopping mall tu kadang2 ader surau yang sediakan kerusi, ader yang xder..nasib la kan..senak sikit la kalau sembahyang macam biase..

kadang2 aku rase aku nie sembahyang laju sangat ker..tapi pernah jugak aku sembahyang dengan member aku, dia sembahyang lagi laju!!! camane tue????tulah..kadang2 ader orang sembahyang suka baca kuat2, ader orang sembahyang bukan maen lama lagi..surah ape dia baca ek..emm..xkisah lah macam mane pun kita sembahyang, janji bacaan betul..dah kawen nie untungnyer adelah boleh sembahyang jemaah dengan cik abang..alhamdulillah..he's be my imam..:')




/

No comments:

Post a Comment