Friday, 3 October 2014

QURBAN

Alhamdulillah..murah rezeki Aqief Mikhael...insyaALLAH semoga Allah swt permudahkan urusan kami anak beranak untuk lakukan Qurban tahun nie..ibu dah buat so kali ni ayah n aqief mikhael pulak...syukur alhamdulillah :))
harga lembu jangan tanya la...fuhhh..kaya tauke lembu..lembu2 kecik dah xde..tinggal lembu besar jer..xtengok lagi lembu tu..isnin nanti jumpe la..hehehe..dapat lembu RM4500..bahagi 7 la...kiteorang anak beranak 2 bahagian jer...cha satu bahagian..mama..abah..lagi dua tu bukak pada family lain yang nak join..dua tahun lepas xberpeluang tengok sembelih lembu sebab pregnant..dengan cik abang sekali x dibenarkan tengok lembu..means xleh tolong lapah lembu..orang tua2 dah cakap macam tu..ikutkan jelaaa...so kali ni dapat la tengok..boleh la aqief mikhael tengok sekali..:))
Pengertian Qurban

Qurban bermaksud meyembelih binatang yang tertentu pada waktu-waktu tertentu dengan tujuan untuk beribadah dan mendekatkan diri dengan Allah SWT.

Qurban telah disyariatkan pada tahun kedua hijrah sama seperti ibadah zakat dan sembahyang Hari Raya.

Firman Allah SWT:
{ فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ }
Maksudnya:
Maka kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu dan sembelihlah qurban (sebagai tanda syukur)
(Surah Al-Kauthar 108:2)
Ia juga bertujuan menjadi kifarah bagi pelakunya, sama ada disebabkan kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan ataupun dengan sebab kecuainnya dalam melakukan kewajipan di samping memberikan kelegaan kepada keluarga orang yang berqurban dan juga mereka yang lain.

Ibadah Qurban tidak memadai dengan menghulurkan nilai harganya, berbeza dengan ibadah zakat fitrah yang bermaksud memenuhi keperluan golongan fakir. Imam Ahmad dikatakan menyebut amalanmenyebelih qurban adalah lebih afdal daripada bersedekah dengan nilai harganya.

Hukum Melakukan Qurban

Hukum melakukan Ibadah Qurban ialah sunnah mu'akkadah(Ibadah yang sangat-sangat dituntut keatas umat Islam yang berkemampuan)

Sabda Nabi Muhammad sallallahu'alayhi wasallam yang bermaksud:

 “Aku diperintahkan agar menyembelih qurban dan ia sunat bagi kamu
(Riwayat Tirmizi)

No comments:

Post a Comment