Friday, 5 September 2014

SEDIH

Kendong anak ke akhir hayat

Oleh Mohd Idris Sulaiman
Manjung: Hasrat seorang lelaki mengutip duit sewa rumah bertukar tragedi apabila dia bersama dua anak berusia lima dan tujuh tahun maut apabila motosikal ditunggang dirempuh sebuah kereta ketika dalam perjalanan pulang di Batu 6, Lekir, di sini lewat malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 10 malam itu, mangsa dikenali sebagai Suhaini Abu Samat, 39, yang menunggang motosikal bersama dua anak lelakinya maut selepas tercampak ke laluan bertentangan sejurus kenderaan mereka dirempuh dari belakang. 
Mangsa yang bekerja sendiri, bersama dua anaknya, Mohamad Kuzaimy, tujuh tahun dan Haikal Firdaus, lima tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah. 

Menurut adik mangsa, Rosnita Abu Samat, 32, abang dan dua anak saudaranya itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Sungai Limau, Kampung Pasir Pandak, di sini, selepas mereka ke rumah arwah ibunya di Taman Keris Batu 6.
“Arwah abang dan anaknya ke rumah arwah ibu kami yang disewakan kepada orang lain untuk mengutip duit sewa rumah.

“Mereka tiga beranak keluar selepas Isyak dan apabila tiba di sana penyewa tiada di rumah, lalu mereka bergerak pulang semula ke rumah di Sungai Limau. 

“Malangnya, dalam perjalanan pulang itu mereka terbabit kemalangan dan kami dimaklumkan tiga beranak itu meninggal dunia di tempat kejadian,”” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Seri Manjung, di sini, semalam. 

Rosnita berkata, hubungan Allahyarham bertiga begitu rapat dan

 anak saudaranya begitu manja dengan arwah abangnya sejak kematian ibu mereka dua tahun lalu. 

Sape baca pasal berita ni kat surat khabar..aku baca pagi tadi rase macammmm...Ya Allah..sayu jer hati aku nie..betapa pengorbanan dan kasih sayang seorang ayah yang sanggup menjaga anak lepas kematian isteri..kalau lelaki lain agaknyer dah sibuk kawen lain..tapi si ayah ni bagus..nak pi mane pun bawak dua2 anak dia..

sedih jugak mengenangkan anak dia yang kecik lagi tu..tapi Allah swt tu Maha Mengetahui dan Sebaik0baik Perancang.. Ketiga tiga beranak tu meninggal dunia accident..xpela..ibu dorang dah menanti kat sana..


tetiba sedih jer rase macam mane la nasib anak kita kalau kita pergi dulu...emmm :'(

No comments:

Post a Comment